Jan 23, 2012

Part 2 | Cinta Hingga KeSyurga |

Farah membelek-belek telefon bimbit ditangan sambil berjalan ke kuliah. Kebiasaannya, sebelum ke kelas jam 10 pagi, farah akan menelefon untuk mengejutkan buah hati nya itu.

“ dasar pemalas! Tengok bola sampai pukul tiga empat pagi, boleh tahan pulak. Dah pagi, liat nak bangun pergi kelas,” farah menekan-nekan telefon bimbitnya berjenama nokia 500 untuk melepaskan kemarahannya.

Walaupun belajar di tempat yang berasingan, hubungan mereka tetap tidak menjadi masalah. Farah di uitm shah alam, manakala amir di university islam antarabangsa Malaysia. Masuk kali ni, entah kali ke berapa puluh farah menelefon amir, tetapi tidak juga dijawab.

“ he..lloooo…,” suara ditalian seperti tidak bermaya.

“ eh amir, bangun la. You tahu tak dah berapa puluh kali I call you. Eeei, tu la. Orang tak bagi tengok bola. Degil! Lepas tu pagi, malas nak bangun pergi kelas,” farah terus menyembur amir seperti melepaskan das tembakan senapang kepada penyerang.

“ aduh sayang, apa marah-marah ni. Tak baik tau pagi-pagi dah start marah. Nanti muka cepat kedut, baru you tau!,” amir menceriakan suasana sambil ketawa lucu di hujung talian. Dapat dibayangakn bagaimana muncungnya mulut seksi farah itu.

“ heh, main-main pulak. Bangun la. I on the way nak pergi kelas ni. You ada kelas macam biasa kan pukul 12 nanti. Jangan terlepas sudah lah. I dengar zaki kata semalam you ada quiz,”

“ha’ah. Ada quiz. Tak pa la. Thanks ya kejutkan I sayang. Selamat pagi cinta. Take care pergi kelas,” farah hanya tersenyum apabila mendengar skrip ulangan untuknya setiap pagi sebelum ke kelas.

Sampai di kelas, farah terus mengambil tempatnya seperti biasa di sebelah lisa, kawan sekampus dengan nya sejak dari semester pertama. Macam biasa, kalau kelas auditing, terpaksa sediakan segala ‘pil-pil perancang’ untuk tahan mengantuk. Kelas teory, memang kurang sebati dengan jiwa budak-budak account yang mahir bidang pengiraan.

Boleh dikatakan semester ini, 3 subjek teory yang diambil. Auditing, business law dan microeconomics. Gasaklah nak membaca dan menghafal teory masa final nanti.

“ farah, awak termenung apa tu,” miss salina mengejutkan lamunana farah.

“ errr, tak ada apa-apa miss. Saya tengah fikir macam mana nak siapkan assignment berkenaan skandal enron yang miss bagi minggu lepas,” farah terpaksa mencipta alas an walaupun ia kedengaran kurang logik. Sementara lisa di sebelahnya sedang menahan gelak melihat muka terkejut farah.

“ pasal assignment, awak tak perlulah nak fikir dalam kelas. Sekarang, tolong bagi perhatian untuk tajuk yang saya katakana ini. Penting sangant untuk final exam kamu semua nanti,”

Miss salina meneruskan pembelanjaraan seperti biasa sehingga jam 11 setengah pagi. Keluar dari kelas, farah dan lisa terus berjalan menuju ke café.

“ kau nak keluar ke lepas ni jumpa amir?,” lisa bertanya setelah farah mengambil tempat duduk dihadapannya.

“ tak ada lah. Dia ada quiz hari nia. Lagi pun kak azza dah bagitahu ada kelas ganti petang ni kan,”

“ eh yelah! Aku lupa ada kelas petang nia. Aduh, penat la nak mengingat case-case dalam buku law tu. Boleh naik gile aku dibuatnya. Nasib baik la aku tak belajar undang-undang.,” lisa rancak berceloteh sambil menguyah makanan di dalam mulutnya.

Siapa tak kenal dengan khairun nurlisa, kalau bab-bab lewat ke kelas, serah kan sahaja kepada dia. boleh dikatakan, hampir kesemua lecturer di bahagian management kenal dengan sikap lalai nya itu. Kelas bermula jam 8 setengah pagi, pukul 9 baru terjegat depan pintu. Mulut sahaja becok, tapi hatinya baik. Dia lah satu-satu nya kawan yang boleh dipercayai. Segala rahsia mengenai diri mereka pasti akan di kongsi bersama.

“ aku rasa tak sedap hati la lisa. Rasa macam ada yang tak kena dengan hubungan aku dan amir,” farah meluah kan perasaan sejurus selepas duduk kembali selepas mencuci tangan. Cawan milo panas dihadapan nya dikacau-kacau.

“ kenapanya? Amir buat hal lagi?,,” Tanya lisa sambil meyedut air sayo di dalam gelas yang penuh itu.

“ hmm entahlah. Perasaan aku agaknya. Dia macam dah lain la. Ajak jumpa, selalu je busy. Padahal kalau hari rabu petang, dia memang tak ada kelas. Kalau nak contact pun susah. Message aku, selapas setangah jam baru dibalas,” farah memerhatikan di sekelilingnya. Takut ada geng mami jarum yang pasang telinga mendengar.

"macam ni lah, why not korang berdua bincang elok-elok berkaitan hal ni. hubungan korang bukan baru seminggu dua, nak dekat hampir 3 tahun dah kan. bincang dengan dia, apa yang kau tak puas hati, bagitahu terus okay," Lisa memberi cadangan.

Farah sekadar mengangguk tanda mengerti. bukan dia tidak mahu berbincang secara depan. tetapi kebiasaannya setiap kali bertentang empat mata untuk selesaikan persengketaan, mereka berdua pasti akan kelu untuk bersuara. akhirnya, tamat begitu sahaja tanpa luahan hati masing-masing.


Jan 17, 2012

Part 1 | Cinta Hingga KeSyurga|

TING!

Farah bergegas keluar dari perut lif menuju ke bilik mesyuarat. Ada lagi 5 minit, matilah aku kalau lambat. Farah bermonolog sendiri sambil membetulkan fail-fail ditangan. Tiba-tiba..

“ Aduh..”

“Maaf cik. Mari saya tolong..”

“Hmm..” keluh Farah sambil tunduk mengutip fail-fail yang berteraburan.

Farah terus berlalu meninggalkan pemuda yang melanggarnya tadi. Aku yang salah atau dia? Farah bertanya sendiri. Mungkin juga salah dia sendiri. Tergesa-gesa berjalan tanpa memandang kehadapan. farah terus bergegas ke biliknya sambil membetulkan kerongsang batu korea di tudung bawal nya.

“ Cik Farah, lambat hari ni. Engineer baru dari untuk syarikat kita tu dah sampai rasanya tadi” Nurul Adila, setiausahaku menegur.

“Datuk dah sampai juga ke? Aduh, terlambat hari ni. Kerete buat hal pagi tadi” Farah memberi alasan.

Bukan itu sahaja sebab kelewatannya. Kebiasaan kalau penat bekerja disiang hari, malam nya farah oasti akan terus terlene dibuai mimpi. Entah mengapa malam tadi, sudah puas berguling2 di atas katil, masih juga tidak boleh lelap. Rasa seperti gemuruh semacam. Masalah kereta pula, tiba-tiba tidak boleh dihidupkan enjinnya pagi tadi. Setelah di periksa oleh Haji Khairuddin, rupa-rupanya kereta kehabisan minyak. Di sebabkan itu lah, dia terlambat dah Haji khairuddin terpaksa menghantarnya ke pejabat.

Sebelum ke bilik mesyuarat, Fara mengenakan sedikit gincu berjenama Revlon ke bibir. Tampak berseri rona peach dipadankan dengan kebaya labuh berwarna hijau pucuk pisang. Perut berbunyi menandakan farah masih lagi belum bersarapan pagi tadi. Nampaknya, selepas mesnyuarat selesai baru dia berpeluang mengalas perut sebelum menunggu waktu rehat tengah hari.

“ Assalammualaikum. Maaf Datuk. Saya terlambat..” Fara meminta maaf di atas kelewatannya pada pagi itu. Kelihatan Datuk hishammudin, pengarah mawar holdings tersenyum ikhlas ke arahnya.

“ It’s okay Farah. Have a sit. Sebenarnya, kita masih lagi menunggu ketibaan En. Amir dari Berjaya engeenering holdings. Mugking dia dalam perjalanan, “ terang datuk hishammudin panjang lebar.

Farah terus berjalan dan duduk di tempat biasa. Memegang jawatan sebagai akauntan di syarikat besar seperti mawar holidng memang diimpikannya sejak dahulu. Farah dimaklumkan oleh datuk hishamuddin pagi semalam bahawa mesyuarat hari ini di adakan untuk salah satu projek pembangunan di johor bharu. Dan Farah dikehendaki hadir ke mesyuarat itu untuk menyenaraikan kewangan syarikat yg diperlukan untuk projek tersebut.

“ Selamat pagi datuk. Boleh saya masuk?” sapa seorang lelaki di pintu bilik mesyuarat mawar holdings.

“ Amir, mari saya kenalkan awak dgn akauntan syarikat saya yang akan berkerjasam dengan awak dalam projek ini,”

“ Hi, im amir. Nice to meet you..miss? “ Amir menghulurkan tangan salam perkenalan.

“ Err..Miss Farah. Farah nasuha. Nice to meet you too..,” bergetar jantung farah tatkala tangan mereka bersalaman.

“ so farah, Amir merupakan anak saudara saya merangkap engineer baru untuk syarikat kita. Saya harap awak dapat beri kerjasama dengan dia.

Datuk Hishamuddin mengakhiri mesyuarat setelah amir berjaya membentangkan segala isi mengenai projek berkenaan. Projek perumahan yang akan bermula pertengahan tahun hadapan memakan belanja hampir 1.5 juta.

Farah menyusun fail-fail kerja diatas meja dan berjalan keluar dari bilik mesyuarat. Dia berjalan laju menuju ke bilik nya. Fail-fail ditangan di hentak kuat di atas meja besar itu. Kepale yang tidak rasa sakit dipicit-picit olehnya berkali-kali. Hmm, kenapa aku mesti bertembung dengan dia sekali lagi? Farah berkata perlahan. Kedengaran pintu biliknya di ketuk.

“ Masuk…” farah memberi arahan kerana sangkanya Nur adila dating menghantar minuman. Dia menunduk ke bawah meja mengambil pen yang terjatuh.

“ Tak sangka kita boleh bertemu kembalikan”, amir memulakan biacara.

“aduhh..”

“farah, are you okay?” amir bertanya kerana kelihatan farah menggosok-gosok kepalanya yang terhantuk.

“owh,okay okay. Im okay.” Farah membetulkan posisi duduk nya. Terhantuk disebabkan kau la! Masuk bilik aku tiba-tiba je. Farah berkata didalam hati.

“ I harap you dapat berkejasama dengan I. and I rasa mungkin ini peluang untuk I menebus kemabli dosa-dosa I pada you dulu,” amir berkata perlahan. Tapi cukup jelas kedengaran di telinga farah.

Farah merenung amir. Peluang? Untuk apa lagi diberi peluang sekiranya ia tidak dihargai. Mana mungkin aku boleh kembali pada dia. Tidak ada lelaki yang sanggup menerima aku setelah tahu keadaan aku yang sebenar.

“ farah…??” amir melambai-lambai kearah muka farah. Farah terkejut dengan bunyi deringan handphone di dalam tas tangan prada nya.

“I tak bawak kereta hari ni. Okay. I tunggu you dekat bawah”, farah berkata perlahan kepada si pemanggil. Farah perasan, sejak tadi amir sering perhatikan bingkai gambar dia bersama seorang kanak-kanak lelaki di atas meja itu.

“anak you?” amir bertanya sepatah.

“yup, he is my son. My only son,” ada riak terkejut di wajah amir.

“ermm, okay. I keluar dulu. Kalau ada apa-apa, I akan inform you”, amir terus berjalan keluar dari bilik farah. Anak? Munking farah sengaja ingin menyakiti hatinya. Kalau di lihat dari bentuk badan farah, tidak seperti orang yang sudah ada anak. Dia masih kurus seprti dahulu. Cuma bezanya, kelihatan semakin elegan dan menawan. Mungkin kerana teknik makeupnya membuatkan dia semakin menyerlah.

Farah keluar menunggu ketibaan fariz di ruang lobby pejabatnya. Fariz Danial, masih setia menjadi pendengar kepada segala masalah yang dihadapi nya. Walaupun kini fariz bergelar pengurus di syarikat milik arwah ayah nya, tapi dia tetap dengan sikap low profile.

Farah terus berjalan menuju ke kereta harrier milik fariz.

“kita lunch ikan bakar dekat skinchan ye. I mengidam nak makan ikan bakar la” fariz berkata manja kepada farah.

“eh you jangan nak mengada-ngada. Mengidam kunon. I yang pernah mengandung dulu pun tak pernah nak mengidam macam ni,” farah membebel.

Fariz terus memandu sambil tersenyum melihat gelagat farah. 5 tahun berkawan dengan farah sudah membuatkan fariz cukup masak dengan perangai nya. Jatuh cinta? Bohong lah kalau dia katakan tidak ada segelumit pun rasa cinta dia pada farah. Pernah disuarakan rasa hatinya, tapi farah tetap dengan jawapanya. Cinta dia hanya satu. Dulu kini dan semalanya. Fariz hampa, tapi masih menunggu dengan harapan farah akan membuka pintu hatinya untuk menerima dia suatu hari nanti.

********************************************************************************

Hujan lebat diluar menyebabkan farah menyiapkan kerja-kerja dipejabat sehingga hampir jam 6 petang. Kekenyangan menikmati hidangan ikar bakar bersama fariz membuat kan mata dia terasa kuyu. Niat dihati, mahu terus pulang ke rumah, tetapi dibatalkan sahaja kerana farah tidak memandu ke pejabat hari ini.

Direnung jam ditangan nya sekilas. Hmm, baik aku balik sekarang. Lambat –lambat nanti habis disoal siasat oleh ibu. Farah bemonolog sendiri. Farah terus berjalan meredah hujan sehingga ke tempat menuggu teksi dihadapan mawar holding. Nasib baik tak pakai heels hari ini.

Farah sedia maklum, dengan ketinggian nya hampir 167cm, tidak perlu lagi untuknya memakai heels seperti pekerja-pekerja pejabat yang lain. Disebabkan ketinggian itu juga farah pernah mendapat jolokan model dari kawan-kawan kampus nya.

PON! PON!

Sebuah kereta bmw 5siri berwarna hitam, berhenti dihadapannya. Kelihatan seorang pemuda menjenguk ke luar dari tingkap kereta. Farah memerhatikan siapa gerangan pemuda itu.

“ farah, hujan lebat nie. Mari I hantar you balik,” amir menguatkan sedikit tone suaranya kerana hujan lebat membuatkan suara nya tenggelam timbul di pendengaran farah.

“tak apa la. I boleh balik naik teksi. Banyak teksi kat sini,” farah menolak ajakan amir sambil memandang kearah jalan. Dia sendiri sedia maklum, dengan keadaan cuaca sekarang, mustahil bagi nya untuk mendapatkan teksi. Ah..takpa la. Janji aku tak naik kereta berdua dengan dia.

“ jangan la keras kepala sangat. You tu perempuan. Dah nak dekat maghrib dah ni. Hujan makin lebat. Mari I hantarkan you balik. Mesti ibu you risau,” amir berkata ikhlas.

Farah berfikir sejenak dan terus berjalan membuka pintu kereta amir. Terpaksa juga naik! Dia memandang disekeling. Takut juga kalau ada mata-mata yang melihat. Silap hari bulan, habis dia digosipkan dengan lelaki ini. Kalau ikut kan, jangan harap tapak kaki aku nie nak sentuh kereta mewah dia. Menyesal pula tidak menghubungi fariz sebelum keluar dari pejabat nya tadi.

“ kan senang macam tu. You nie, tak pernah berubah kan. Degil dari dulu sampai sekarang. Makin comel pulak tu,” amir ketawa lucu melihat muncung sedepa farah. Agak-agak kalau sangkut hanger baju pun boleh rasanya.

Farah hanya menjeling tajam kearah amir. Masing-masing diam membisu melayan perasan. Alunan lagu kisah hati dari alyah di hot fm membuatkan farah mengigati memori silam. Tiba-tiba telefon bimbit farah berbunyi dari dalam tas tangan nya.

“ helo, ye ibu. Ara on the way ni. Hujan lebat tadi. Terpaksa tumpang kereta kawan. Lagi 10 minit farah sampai,” farah menjawab panggilan telefon dari Puan norida, ibu farah.

Pantang lambat sedikit, pasti akan ditelefon. Macam anak kecil aku ni. Umur hampir 28 tahun, tapi layanan ibu terhadapnya seperti anak kecil yang tidak mengerti apa-apa. Bila di tegur katanya, farah perempuan. Bukan senang nak besarkan anak dara macam farah ni. Hai, ibu ibu..

“ you still tinggal kat rumah lama lagi?,” amir bertnya memecahkan kesunyian mereka berdua didalam kereta.

“hmm..,” farah malas ingin menjawab pertanyaannya.

“mana you menghilang farah? Lepas you habis diploma, merata I cari, tapi you takda juga. Pergi rumah you, ibu you kata jangan ganggu you lagi. I give up nak cari you masa tu farah,” suara amir kedengaran sayu ditelinga farah.

Giveup? Dari dulu sampai sekarang, apa sahaja yang berkaitan aku, semua nya giveup!

“ you berhenti kan I kat depan tu. I boleh jalan kaki balik sendiri. Nak dekat dah. I tak nak nanti parents I nampak kita berdua,” farah menukar topic perbualan amir. Serasa ingin melompat keluar dari kereta itu sekarang juga. Amir memberhentikan keretanya dihadapan bustop berdekatan simpang jalan anggerik ke rumah farah.

“ macam mana you lari pon, you dah ada depan mata I sekarang. Take care,” amir terus memecut laju keretanya selepas farah keluar tanpa sempat dia mengucapkan terima kasih.

Farah memandang kearah kereta amir sehingga hilang dari pandangan. Hujan lebat seperti memahami kesedihan di hatinya kini. Cinta pertama, mana mungkin dilupakan.

Malam itu, seusai menunaikan kewajipannya sebagai umat islam, farah terus merebahkan badannya diatas katil. Kesejukan aircond didalam bilik membuat kan anak kecilnya Mohd Shahrul Adam mengerekut kesejukan. Farah menarik selimut menutupi badan anak kesayangannya. . Tanpa disedari, air mata keluar dari tubir mata farah. Memori dia bersama Amir Asyraf 7 tahun dahulu bermain-main di minda. Yaallah, hanya kau yang mengerti. Sehingga detik ini, aku masih menyayangi nya.

Sementara amir pula, seperti orang hilang arah. Rasa menyesal kerana tidak meminta nombor telefon farah. Dia teringat kembali bingkai gambar farah bersama budak lelaki itu. Ya, jika dilihat berkali-kali, mata dan mulutnya persis farah. Ah, mana mungkin tu anak dia.

Amir menutup mukanya dengan bantal dengan harapan dapat melelapkan mata tanpa sebarang gangguan. Akhirnya tanpa disedari dia terlena dibuai mimpi indah.