Farah membelek-belek telefon bimbit ditangan sambil berjalan ke kuliah. Kebiasaannya, sebelum ke kelas jam 10 pagi, farah akan menelefon untuk mengejutkan buah hati nya itu.
“ dasar pemalas! Tengok bola sampai pukul tiga empat pagi, boleh tahan pulak. Dah pagi, liat nak bangun pergi kelas,” farah menekan-nekan telefon bimbitnya berjenama nokia 500 untuk melepaskan kemarahannya.
Walaupun belajar di tempat yang berasingan, hubungan mereka tetap tidak menjadi masalah. Farah di uitm shah alam, manakala amir di university islam antarabangsa Malaysia. Masuk kali ni, entah kali ke berapa puluh farah menelefon amir, tetapi tidak juga dijawab.
“ he..lloooo…,” suara ditalian seperti tidak bermaya.
“ eh amir, bangun la. You tahu tak dah berapa puluh kali I call you. Eeei, tu la. Orang tak bagi tengok bola. Degil! Lepas tu pagi, malas nak bangun pergi kelas,” farah terus menyembur amir seperti melepaskan das tembakan senapang kepada penyerang.
“ aduh sayang, apa marah-marah ni. Tak baik tau pagi-pagi dah start marah. Nanti muka cepat kedut, baru you tau!,” amir menceriakan suasana sambil ketawa lucu di hujung talian. Dapat dibayangakn bagaimana muncungnya mulut seksi farah itu.
“ heh, main-main pulak. Bangun la. I on the way nak pergi kelas ni. You ada kelas macam biasa kan pukul 12 nanti. Jangan terlepas sudah lah. I dengar zaki kata semalam you ada quiz,”
“ha’ah. Ada quiz. Tak pa la. Thanks ya kejutkan I sayang. Selamat pagi cinta. Take care pergi kelas,” farah hanya tersenyum apabila mendengar skrip ulangan untuknya setiap pagi sebelum ke kelas.
Sampai di kelas, farah terus mengambil tempatnya seperti biasa di sebelah lisa, kawan sekampus dengan nya sejak dari semester pertama. Macam biasa, kalau kelas auditing, terpaksa sediakan segala ‘pil-pil perancang’ untuk tahan mengantuk. Kelas teory, memang kurang sebati dengan jiwa budak-budak account yang mahir bidang pengiraan.
Boleh dikatakan semester ini, 3 subjek teory yang diambil. Auditing, business law dan microeconomics. Gasaklah nak membaca dan menghafal teory masa final nanti.
“ farah, awak termenung apa tu,” miss salina mengejutkan lamunana farah.
“ errr, tak ada apa-apa miss. Saya tengah fikir macam mana nak siapkan assignment berkenaan skandal enron yang miss bagi minggu lepas,” farah terpaksa mencipta alas an walaupun ia kedengaran kurang logik. Sementara lisa di sebelahnya sedang menahan gelak melihat muka terkejut farah.
“ pasal assignment, awak tak perlulah nak fikir dalam kelas. Sekarang, tolong bagi perhatian untuk tajuk yang saya katakana ini. Penting sangant untuk final exam kamu semua nanti,”
Miss salina meneruskan pembelanjaraan seperti biasa sehingga jam 11 setengah pagi. Keluar dari kelas, farah dan lisa terus berjalan menuju ke café.
“ kau nak keluar ke lepas ni jumpa amir?,” lisa bertanya setelah farah mengambil tempat duduk dihadapannya.
“ tak ada lah. Dia ada quiz hari nia. Lagi pun kak azza dah bagitahu ada kelas ganti petang ni kan,”
“ eh yelah! Aku lupa ada kelas petang nia. Aduh, penat la nak mengingat case-case dalam buku law tu. Boleh naik gile aku dibuatnya. Nasib baik la aku tak belajar undang-undang.,” lisa rancak berceloteh sambil menguyah makanan di dalam mulutnya.
Siapa tak kenal dengan khairun nurlisa, kalau bab-bab lewat ke kelas, serah kan sahaja kepada dia. boleh dikatakan, hampir kesemua lecturer di bahagian management kenal dengan sikap lalai nya itu. Kelas bermula jam 8 setengah pagi, pukul 9 baru terjegat depan pintu. Mulut sahaja becok, tapi hatinya baik. Dia lah satu-satu nya kawan yang boleh dipercayai. Segala rahsia mengenai diri mereka pasti akan di kongsi bersama.
“ aku rasa tak sedap hati la lisa. Rasa macam ada yang tak kena dengan hubungan aku dan amir,” farah meluah kan perasaan sejurus selepas duduk kembali selepas mencuci tangan. Cawan milo panas dihadapan nya dikacau-kacau.
“ kenapanya? Amir buat hal lagi?,,” Tanya lisa sambil meyedut air sayo di dalam gelas yang penuh itu.
“ hmm entahlah. Perasaan aku agaknya. Dia macam dah lain la. Ajak jumpa, selalu je busy. Padahal kalau hari rabu petang, dia memang tak ada kelas. Kalau nak contact pun susah. Message aku, selapas setangah jam baru dibalas,” farah memerhatikan di sekelilingnya. Takut ada geng mami jarum yang pasang telinga mendengar.
"macam ni lah, why not korang berdua bincang elok-elok berkaitan hal ni. hubungan korang bukan baru seminggu dua, nak dekat hampir 3 tahun dah kan. bincang dengan dia, apa yang kau tak puas hati, bagitahu terus okay," Lisa memberi cadangan.
Farah sekadar mengangguk tanda mengerti. bukan dia tidak mahu berbincang secara depan. tetapi kebiasaannya setiap kali bertentang empat mata untuk selesaikan persengketaan, mereka berdua pasti akan kelu untuk bersuara. akhirnya, tamat begitu sahaja tanpa luahan hati masing-masing.
waiting for ur part 3... ;)
ReplyDelete